Wednesday 19 November 2014

Im Back !!

Perhh, setelah sekian lama tak update ape2 kat blog ni. Hahahha, ganjil pulak rasanya. Maklum lah, sekarang ni dah meningkat alam dewasa. And alhamdulillah aku dapat sambung belajar di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor dalam kos yang aku aku belajar di vokasional dulu. Dulu cadang nak sambung kat UPSI ataupun UiTM Seri Iskandar. Last2, aku diletakkan di Johor. Aku berharap sangat aku dapat habiskan study ni. Maklum lah sekarang ni kan ekonomi dah naik. So, I should work hard :)

Bercerita pasal poli yang aku masuk ni. Setakat ni alhamdulillah okay. And semua senior baik dengan aku. Masa Minggu Suai Kenal, Allahu,, teramat lah penat. Kena bangun awal and all the activity was conduct by sukarelawan. Nasib lah 4 hari je. Poli lain, UiTM semua seminggu. hahahha, what a luck of student PIS :)

Bila dah masuk tempat baru mulalah, macam2 kenalan aku dapat. And aku dapat kawan lelaki, Maklum lah, dulu kan sekolah perempuan. Mana kenal kawan lelaki. And they all very smart looking :) Aku ada kenal seorang lelaki ni. Dia dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. And he's from Muar. Suka sangat berkawan dengan dia, Dia pemalu orang nya. Kenangan paling aku ingat sekali ialah bila di kafe. Dia nya tengah study. Si Nadia n Arisya pun nyempat le kacau dia. Sungguh comel. Katanya nak bina badan. Nak badan besar. Best of luck ya :)
Ku berharap sangat hubungan ni kekal sampai bila2 and best of luck to me too :)

ASSALAMUALAIKUM...

Sunday 1 December 2013

Realiti Kehidupan di Asrama

Tahun 2012 ialah tahun yang pertama aku jejakkan kaki ke asrama . Sebelum ni mana pernah aku duduk atau tinggal di asrama . Tinggal dengan ibu ayah je lah sebelum ni . Macam-II yang main kat kepala hotak aku ni . Takut kena buli , makan tak cukup . Tapi realitinya , alhamdulillah semua nya OK sahaja :) Menjejak ke negeri orang lain iaitu Tuk Gajah , banyak yang aku pelajari such as bahasa , makanan , dan banyak lagi . Yang paling sweet-II sekali berkenalan dengan orang-II dari Pahang ni . Best sangat :) Ehem-II , berbalik ke asrama .. Kadang-II tu ada jugak terbit rasa cemburu dengan rakan-II lain sebabnya ibu ayah diorang selalu datang melawat mereka . Lain lah aku ni , ibu ayah jauh . Mana mungkin lah boleh datang . Aku faham diorang . Lagi sedih kalau diorang bawa makanan yang ibu ayah diorang bekalkan masa melawat tu . Macam-II , tapi bila setiap kali aku nampak situasi tu . Aku terus doa yang tabahkan hati dan ada hikmahnya kenapa ibu ayah hantar aku dan adik ke Temerloh ni . Walaupun setiap kali peperiksaan aku tidak membuat ibu ayah tersenyum namun aku doakan ada jalan lain yang boleh buat ibu dan ayah tersenyum . Banyak pengorbanan yang ibu ayah buat untuk aku dan adik-II . Entah lepas ni merasa lagi ke tak aku tinggal di asrama . Kata ayah , lepas SPM ayah nak masukkan aku ke Asrama Bakti di Kelana Jaya . Hmm , ikut ayah lah . Akak tau ayah dan ibu lakukan yang terbaik untuk akak . Terima Kasih ibu ayah :) Di asrama lah banyak aku pelajari juga perangai setiap kawan-II aku . Pelbagai ragam woii , haha . Lepas ni dah tak jumpa diorang . Harap kita kan bersua suatu hari nanti wahai teman-II ku ;)

Thursday 28 November 2013

Im Back :)

Assalamualaikum and Hi . Hihihi , dah lama aku tinggal kan account ni . Actually aku tak tau nak update ape , maklumlah busy dengan SPM *gementar* . Masa begitu cepat dan tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan tinggal kan alam persekolahan . Walaupun sedih tapi kalau nak putarkan balik memang tidak lah jawabnye :) Tapi yang paling aku takkan lupakan ialah cikgu-II , kawan-II dan kakitangan sekolah . Bermula dengan Cikgu Datin Hajah Rohani - dia telah banyak tolong aku cara menjahit , walaupun masa amali aku acap kali buat kesalahan namun dia tetap sabar . Cikgu seterusnya yang aku sayang ialah , Cikgu Hanizah - cikgu matematik yang juga penyabar orangnya . Sape yang belajar dgn dia memang untung . Termasuklah aku :) Cikgu yang terakhir yang aku sayang ialah Teacher Daing Nazihah - guru bi yg penyayang orangnya . Sifat keibuan yang ditunjukkan membuat aku tertarik dengan nya . Ramai lagi cikgu-II yang aku sayang . Namun , hanya satu yang ingin aku kata kan Terima Kasih Cikgu-II kerana telah mendidik aku menjadi insan yang berguna . Semoga SPM ku dapat membanggakan kalian :) Amin .

Friday 31 May 2013

Kantoi Dengan Cikgu -_-''

Ya Allah , nak cerita pun gementar rasanya .. Segalanya bermula dengan sekolah hanya 3 hari .. Aku pun tak sangka benda ni boleh terjadi .. Ahad pulang asrama , 3 hari je sekolah .. Memang lah ada perasaan tak nak pulangkan handphone .. Masa hari Selasa , lepas Isyak aku cas kan fon kat luar surau .. Aku fikir selamat cas kat situ , rupa-II nya takkk ... Dengan tak pakai tudung masa tu , Cikgu M datang .. Ya Allah , jantung masa tu dah berhenti rasanya .. Darah pun berderau je .. Bila difikirkan balik memang salah aku pun , yang pergi cas kat situ kenapa ?!?? Anis , Anis  -_-'' .. Bila Cikgu tegur , puas aku buat tak tau je .. Dia marah n maki aku , aku try pekak kan telinga .. Last-II aku amik keputusan cabut je cas tu dari plug , then terus masuk surau .. Nak menangis pun ada , sebab takut esok kena panggil dengan cikgu disiplin .. Malam pun tido tak lena .. Pagi tu terus aku sorokkan handphone aku .. Masa waktu sekolah , masa math , kena masuk Pusat Sumber .. Lah , dalam hati aku cakap malas and cuak gila .. Takut bertembung dengan Cikgu M sebab dia cikgu PSS . Bila masuk tu lega lah sikit sebab tak da pun cikgu tu .. Cikgu Math suh buat latihan kertas 1 .. Sambil-II buat tu aku terlelap .. Then , aku tersedar bila dengar suara Cikgu M .. Kawan aku , Auni cakap tundukkan muka .. Aku pun tundukkan la muka .. Pastu aku nampak cikgu disiplin muda datang , dia tanya budak kelas aku mana 'Anis' ?Dalam hati aku kata mesti pasal semalam ni .. Ya Allah masa tu macam nak lari je .. Dengan tarik nafas pelan-II , aku pergi kat Cikgu A .. kat situ ada 3 Cikgu disiplin , Ustazah H , Cikgu H & Cikgu A .. Cikgu A yang soal aku ,  dia tanya  kat aku ada tak apa-II yang aku sorok kan dari diorang .. Masa tu jugak aku nmpak borang 'aku janji' *borang tu untuk pelajar yang buat kesalahan disiplin* .. Dari situ aku terus mengaku yang aku bawa handfone .. Cikgu tak marah tapi dia bagi nasihat , alhamdulillah la .. Dia ada tnya mana aku letak handphone tu .. aku cakap la kat asrama .. Then , kena isi borang tu .. Ya Allah , ni lah kali pertama aku kena isi borang tu .. Malu , kecewa semua ada ..  Lepas isi borang tu aku kena baca doa Qunut .. haha .. #untuk cikgu , saya janji lepas ni saya tak kan buat lagi perkara bodoh ni .. Saya mintak maaf :'(  Jadikan lah ini sebagai pengajaran Anis !

Friday 24 May 2013

kecewa , merana , sakit hati :'(

Ya Allah , kecewanya aku bila baca satu blog ni .. Malas nak mention nama orang tu , yang lasti aku kenal budak tu ... Rupa-II nya dia dah couple dengan orang yang aku suka , Ya Allah .. Untung lah perempuan tu , sumpahh aku jealous .. Lepas ni dah kena buang lah segala-IInya .. Takpe Anis , u should think positif .. Bukan masanya lagi untuk kau ada perasaan bercinta ni .. Fikir masa depan first .. Ya Allah , kau kuatkan lah hati aku ini dan cerahkan lah masa depanku dengan ilmu yang aku ada ..Amin Ya Rabbal Alamin :')

Monday 6 May 2013

Perkenalan :)




ASSALAMUALAIKUM :)
Usia semakin hari semakin meningkat , tapi hati masih berdebar bila tunggu saat-II nak SPM ... Aduishh , walaupun aku ditempatkan di kelas pertama , tapi aku tak rasa yang aku ni bijak sangat .. Sejujurnya rasa terpencil sangat , lagi-II time math ... Aduii , rasa diri ni jahil sangat *memang jahil pun* =_=''
Bila lah aku ni nak pandai math , kekadang aku pernah terfikir apalah nasib aku bila 5 atau 10 tahun akan datang nanti , entah capai ke tak impian aku nak jadi cikgu .. Satu je tujuan aku nak jadi cikgu , sebab nak capai impian ibu .. Dulu cita-II ibu nak jadi cikgu tapi bukan nasib dia ..  Lagisatu , opah dan atuk tak da diut sangat ...

HURMM , macam dah lari tajuk je aku ni .. heeheeee ,
Actually , aku nak ceritakan hal berkenaan 'PERKENALAN' =_=
Malas nak mention nama dia tu , biar la aku ni 'SS' ... hahhaha ..
Dia ni boleh dikatakan hot la jugak , biasanya orang kata payah nak dapat budak hot .. dalam hati aku fikir la jugak , memang susah pun sebab aku ni tak la cun and cantik macam perempuan yang lain , tapi aku bersyukur kurniaanNya ...
Kenal dia time KRS KEBANGSAAN 2012 .. huh , dia dari kontigen Selangor ..
Sekarang ni kitaorang kawan di facebook , tapi tak tau la pulak kalau terserempak tu dia tau aku ke tak ...
Baru-II ni aku nampak gambar dia dengan budak perempuan krs lain .. huhu ..
YA ALLAH , sumpah jealous tengok , tapi bila difikirkan balik lagi , buat pe nak jealous .. Bukan nya ada apa-II dengan dia pun ...
Malam semalam aku mimpi dia , entah kenapa aku boleh mimpi dia pun aku tak tau la ...
Orang kata kalau mimpi ni maksud nya rindu , aku rindu dia ..??? hahah .. memang tak la ..
Aku harap sangat dapat jumpa dengan dia , terserempak pun tak pa la .. hehe ..

Saturday 13 April 2013

Kecewa :'(

Entah kenapa aku rasa sakit hati , cemburu dan macam-II lagi lah bila tengok orang lain yang dapat bergambar dan rapat dengan kau ............ Aku pun teringin nak macam tu . Entah bila la aku dapat macam tu . Setiap kali aku tengok kau bergambar dengan dia , aku rasa cemburu pun ada .. Alahaiii , bila lah aku dapat cam tu kan .. Kadang-II aku pikir belum tiba masanya lagi .. SPM pun tak lepas ... Ni kan pula nak merasa gitu .. Berserah di tangan Tuhan je lah .. Suatu saat nanti pasti tiba detik-II itu .. hahaha ...