Sunday, 1 December 2013
Realiti Kehidupan di Asrama
Tahun 2012 ialah tahun yang pertama aku jejakkan kaki ke asrama . Sebelum ni mana pernah aku duduk atau tinggal di asrama . Tinggal dengan ibu ayah je lah sebelum ni . Macam-II yang main kat kepala hotak aku ni . Takut kena buli , makan tak cukup . Tapi realitinya , alhamdulillah semua nya OK sahaja :) Menjejak ke negeri orang lain iaitu Tuk Gajah , banyak yang aku pelajari such as bahasa , makanan , dan banyak lagi . Yang paling sweet-II sekali berkenalan dengan orang-II dari Pahang ni . Best sangat :) Ehem-II , berbalik ke asrama .. Kadang-II tu ada jugak terbit rasa cemburu dengan rakan-II lain sebabnya ibu ayah diorang selalu datang melawat mereka . Lain lah aku ni , ibu ayah jauh . Mana mungkin lah boleh datang . Aku faham diorang . Lagi sedih kalau diorang bawa makanan yang ibu ayah diorang bekalkan masa melawat tu . Macam-II , tapi bila setiap kali aku nampak situasi tu . Aku terus doa yang tabahkan hati dan ada hikmahnya kenapa ibu ayah hantar aku dan adik ke Temerloh ni . Walaupun setiap kali peperiksaan aku tidak membuat ibu ayah tersenyum namun aku doakan ada jalan lain yang boleh buat ibu dan ayah tersenyum . Banyak pengorbanan yang ibu ayah buat untuk aku dan adik-II . Entah lepas ni merasa lagi ke tak aku tinggal di asrama . Kata ayah , lepas SPM ayah nak masukkan aku ke Asrama Bakti di Kelana Jaya . Hmm , ikut ayah lah . Akak tau ayah dan ibu lakukan yang terbaik untuk akak . Terima Kasih ibu ayah :) Di asrama lah banyak aku pelajari juga perangai setiap kawan-II aku . Pelbagai ragam woii , haha . Lepas ni dah tak jumpa diorang . Harap kita kan bersua suatu hari nanti wahai teman-II ku ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment